Sunday, 21 September 2014

Latar Belakang

01 Januari 2014

Pusat Sumber Sekolah memainkan peranan penting dalam mempertingkatkan mutu pendidikan di sekolah-sekolah.  Ia berfungsi dalam membantu proses pembelajaran dan pengajaran supaya lebih berkesan dan memberi sokongan kepada usaha belajar sendiri berasaskan sumber.

Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia, PSS merupakan nadi segala pergerakan dan aktiviti ke arah P&P yang berkesan.  Ia perlu menjadi 'centre of action', 'centre of learning' dan 'centre of consultancy'.  Sebagai satu tempat yang menyediakan koleksi P&P, ia memainkan peranan utama sebagai agen perubahan ke arah murid yang celik maklumat dan ilmu pengetahuan.  Peranannya perlu diperkukuhkan lagi sekiranya negara ingin mengeluarkan pekerja bermaklumat (knowledge worker) sebagai pemimpin generasi masa depan.

Tahan penggunaan PSS di kalangan guru-guru dan para pelajar SMK Tanjong Chat masih belum mencapai tahap optimum.  Perancangan yang teliti dan berfokus perlu dilaksanakan agar peranan sebenar PSS sebagai nadi sekolah dan penyokong utama dalam peningkatan prestasi sekolah tercapai.



Gubahan bunga menyerikan ruang bacaan
Ruang bacaan
Ruang pameran hasil kerja pelajar

No comments:

Post a Comment

JAMUAN AKHIR TAHUN PSS

Tarikh        :  23 Oktober 2017 Tempat      :  Restoran Payang Serai The best and most beautiful things in the world cannot be seen or ...